Wednesday, November 26, 2014

kebaikan betik dan nanas

10 KHASIAT NENAS DAN BETIK


Manfaat Kesihatan Nenas:
Berikut adalah beberapa manfaat kesihatan nenas:
1. Buah-buahan ini bertindak seperti pencernaan semulajadi anti-radang. Ia mengandungi sulfur yang membantu dalam penghadaman.
2.  Bromelain dalam nenas segar  membantu dalam mengurangkan bengkak dalam keadaan radang seperti gout, artritis, sakit tekak dan sinusitis akut. Masa pemulihan bagi pembedahan dan kecederaan juga dapat dikurangkan.
3.  Enzim dalam nenas digunakan untuk merawat artritis reumatoid.
Ia juga mempercepatkan pembaikan tisu yang berkaitan dengan pembedahan am, ulser kecederaan dan diabetes.
4. Buah ini juga dapat mengurangkan pembekuan darah dan membantu dalam membuang plak daripada dinding arteri.
5.  Orang yang menderita dari angina boleh memakan nenas kerana ia meningkatkan peredaran darah dalam arteri yang sempit juga.
6.  Nenas juga digunakan untuk menyembuhkan jangkitan tekak dan bronkitis.
7.  Buah-buahan ini sangat berkesan dalam merawat anemia dan arteriosklerosis.
8.  Ia adalah  toner  yang baik untuk kulit.
9.    Nenas membantu dalam membina tulang yang sihat.
10. Kerana  nenas kaya dengan vitamin C, ia adalah baik untuk kesihatan mulut. Ia juga mengurangkan penyakit periodontal dan gingivitis gigi.

"""" Jus nenas tidak boleh dimakan oleh wanita hamil kerana ia mungkin mendorong keguguguran.

10 KHASIAT BETIK


Terdapat banyak faedah kesihatan jus betik. Minum jus betik membantu anda untuk memerangi masalah kesihatan yang tidak terhitung. Jus betik penuh nutrien yang penting untuk mengekalkan kesihatan yang baik.
Betik juga dikenali sebagai "buah bidadari". Di Amerika Syarikat (AS), betik adalah buah-buahan yang disyorkan untuk kesihatan yang baik.
Carica betik adalah nama tumbuhan dari mana buah betik diperolehi dan kini ia dijumpai di setiap daerah tropika dunia.  Buah ini dikenali untuk meningkatkan kesan kesihatan dan oleh itu, betik kadang-kadang dirujuk sebagai buah ubat.
Kebaikan Jus Betik: -
Beberapa manfaat jus betik diberi di bawah.
1.  Meningkatkan Sistem Pencernaan: -
Buahnya yang berwarna jingga bersifat lembut. Penggunaan jus betik merangsang sistem pencernaan. Jus betik adalah salah satu remedi semulajadi terbaik untuk sembelit. Ia juga membantu dalam pencegahan kanser kolon.
Kebaikan Jus Betik: -
Beberapa manfaat jus betik diberi di bawah.
2.  Meningkatkan Sistem Pencernaan: -
Penggunaan jus betik merangsang sistem pencernaan. Jus betik adalah salah satu remedi semulajadi terbaik untuk sembelit. Ia juga membantu dalam pencegahan kanser kolon.
3.  Paru-paru yang sihat: -
Pengambilan jus betik membantu orang untuk mengatasi daripada kekurangan Vitamin A. Minum jus betik membantu untuk mengurangkan kesan negatif tar pada badan perokok dan ia membuatkan paru-paru sihat.
4.  Menguatkan Sistem Imun: -
Jus betik mengandungi Vitamin C yang membuat sistem imun yang sihat. Ini adalah salah satu daripada faedah kesihatan yang terbaik jus betik. Seseorang yang mengalami sejuk boleh disembuhkan oleh pengambilan jus betik .
5.  Mencegah Penyakit Jantung: -
Jus betik kaya dengan antioksidan yang membuat ia makanan hebat untuk mencegah perkembangan penyakit jantung. Antioksidan yang tidak membenarkan kolesterol melekat pada dinding arteri. Ia mengurangkan risiko masalah jantung dengan mengawal tahap kolesterol.
Baik untuk Jantung: -
Betik mengandungi nutrien seperti Vit. B, mineral,  kalium dll yang sangat baik untuk jantung berfungsi dengan sepatutnya.
6.  Mengawal Kemerosotan otot: -
Seperti bagaimana lobak menghalang degenerasi mata, sama jus betik juga menyimpan degenerasi otot di bawah kawalan. Ia juga membantu dalam mencegah pembentukan katarak. Jus betik kaya dengan beta-karotena.
7.  Kesan anti-radang pada badan: -
Pengambilan jus betik membantu dalam mengurangkan keradangan bahagian-bahagian badan yang berlainan. Orang yang menderita asma dan osteoartritis telah didapati jus betik sangat bermanfaat.
8.  Mencegah Artritis Reumatoid: -
Pengambilan jus betik membantu dalam mengawal pembangunan artritis reumatoid.
9.  Baik untuk kulit: -
Jus betik tidak hanya bermanfaat untuk sistem penghadaman tetapi juga bermanfaat untuk kulit yang baik. Betik adalah antioksidan dan membantu mengawal tanda-tanda penuaan pramatang. Oleh itu membantu kulit anda berseri.
10. Haid: -
Wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, boleh mengambil jus betikuntuk membuat kitaran haid mereka tetap. 

Monday, November 3, 2014

Punca Sengugut

SENGGUGUT

SAKIT ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Untuk anak remaja keadaan ini digelar 'primary spasmodic dysmenorrhea' dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Di dalam beberapa tahun pertama selepas akil baligh, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit di kalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan oleh sejenis hormon yang digelar 'Prostaglandin'. Kesakitan ini berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid.

Ramai di kalangan wanita yang risau sama ada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapat anak. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin menghidap penyakit 'endometriosis'. Ini menyebabkan sakit seperti senggugut tetapi apa yang menyebabkan ia terjadi tidaklah sama seperti sakit senggugut yang biasa.

Gadis-gadis yang mengalami senggugut boleh mengambil ubat penawar sakit/analgesic seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain-lain. Tetapi dalam kes-kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandungi hormon 'Norethisterone'.

APA PUNCA FIBROID?

FIBROID adalah sejenis tumbuhan daging yang berasal dari otot rahim (myometrium) dan ia merupakan tumbuhan yang paling sering melanda wanita dan ia bukan kanser. Ramai wanita yang ada fibroid dalam rahimnya tanpa disedari, ia tidak menimbulkan apa-apa simptom atau gejala. Bila meningkat umur empat puluhan, 30% wanita ada tumbuhan fibroid.

Ada yang tumbuh satu sahaja dan besar, ada yang banyak ketul dan sebagainya.

Apakah Ketumbuhan Fibroid?

Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau 'myometrium' yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala. Walau bagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.

Lapisan paling dalam ialah lapisan 'endometrium'. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid. Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan 'darah kotor'. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang dinyatakan tadi.

Mengapa Tumbuh Fibroid?


Ramai orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak. Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25 peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau mengganggu kesihatan.

Ada yang menyatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak. Fibroid juga sering dijumpai di kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.

Mana yang timbul dahulu, fibroid ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid. Walaupun demikian, wanita yang pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid. Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau ke umur tiga puluhan atau empat puluhan dan setelah anak mereka besar walaupun mereka telah melahirkan mungkin empat atau lima orang anak selepas itu, mereka mendapati sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan apabila diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.

Fibroid Akibat Ketidakseimbangan Hormon

Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu 'estrogen' dan 'progesteron'. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.

Sukar untuk kita ketahui, mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang kerana segala-galanya adalah dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak di dalam otak. Fungsi kilang pituitari mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu. Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita moden yang bekerja.

Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan, bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.

Gejala endomitriosis

GEJALA DAN PENGESAHAN ENDOMETRIOSIS (SAKIT PUAN)

Simptom-simptom endometriosis?

Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin. Ada sesetengah lega sekejap selepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.

Biasanya rasa sakit akan reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak dengan banyak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadangkala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat yang teruk dan mungkin telah melibatkan kerosakkan pada dinding dan otot rahim.

Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.

Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan penghidap-penghidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah terjadi, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, sama ada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak, mereka tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.

Bagaimana endometriosis menyebabkan kemandulan?

Sebenarnya ada beberapa penjelasan:

1. Penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.

2. Ia menyebabkan kerosakan pada saluran fallopio menyebabkan sperma lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telur.

3. Endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embrio.

4. Ia menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.

Tetapi di kalangan penghidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan. Inilah kebesaran serta kehendak Allah s.w.t.

Endometriosis boleh menyebabkan keguguran yang berulangkali.

Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal iaitu tiga bulan pertama kehamilan. Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak mengetahui, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau mengganggu pertumbuhan janin. Kadangkala wanita yang menghidap penyakit endometriosis boleh gugur berulangkali.

Tanda-tanda atau gangguan lain akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, di bawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalah pendarahan sama ada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan. Kadang-kadang berlaku pendarahan di luar waktu haid.

Mengdiagnosa penyakit endometriosis

Daripada tanda-tanda/simptom-simptom tersebut kita sering mengesyaki penghidap berpenyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian. Apa yang biasa dilakukan ialah untuk pesakit yang disyaki mempunyai tanda-tanda endometriosis, mereka menjalani pemeriksaan ultrasound melalui bahagian kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila di bahagian dalam ditekan dengan jari doktor, bahagian belakang rahimnya akan merasa sakit. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) juga adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan pertumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.

Wednesday, October 22, 2014

Endometriosis Punca Sukar Hamil?

Peringatan bagi wanita yang mengalami gangguan haid, seperti senggugut, haid yang berpanjangan dan berlebihan, atau haid yang tidak tentu masa .Lain-lain tanda seperti keputihan yang mungkin menandakan jangkitan atau luka pada pintu rahim; kesukaran untuk hamil dan berlakunya keguguran yang berulang, ini juga mungkin ada kaitan dengan penyakit  "endometriosis".

Endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Sehingga kini saintis masih belum berhasil mengenalpasti punca sebenar bagaimana ianya terjadi. Walaubagaimanapun terdapat  beberapa teori yang baik dan boleh memberikan penjelasan mengapa ia mula terjadi. Antaranya dipercayai bahawa darah haid yang berundur ke belakang telah membawa bersama tisu endometrium menyebabkan ia tumbuh pada pelvis dan berdarah seperti mana kitaran haid.

Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya. 10 hingga 20 peratus wanita di seluruh dunia menghadapi masalah endometriosis dan antara 30 hingga 40 peratus daripadanya didapati mandul.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan  semakin hari bertambah ramai wanita yang menghidapnya. Di antara masalah yang ditimbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-ulang. 

Majoriti kes-kes endometriosis gagal dikesan pada peringkat awal sehinggalah wanita tersebut berjumpa doktor atas sebab kegagalan untuk hamil. Ini kerana kebanyakkan dari pesakit tidak mempunyai sebarang tanda dan gejala.

Berikut adalah antara beberapa tanda dan gejala (Jika ada)
  • Nyeri luar biasa ketika haid dan semakin lama nyeri yang dirasakan akan menjadi semakin kuat
  • Rasa nyeri pada daerah pinggul dan sekitar tulang ekor
  • Nyeri dibahagian atas perut
  • Nyeri ketika berhubungan intim atau setelahnya.
  • Nyeri ketika pergerakan usus atau membuang air ketika haid
  • Perdarahan abnormal diantara kitaran haid
  • Sukar hamil.
  • Rasa mudah letih dan lelah
  • Mual, muntah, susah buang air besar, cirit ketika haid

Kesan endometriosis terhadap kesuburan wanita

Dalam keadaan normal, lapisan endometrium cuma ada pada dinding rahim sahaja. Manakala bagi kes endometriosis, lapisan tisu itu juga dikesan berada di kawasan tubuh yang lain terutamanya di dalam pelvis seperti ovari, saluran fallopian, di permukaan rahim, di ruangan pelvis sekitar usus, rektum dan pundi kencing. Ianya juga dikesan berada di bahagian-bahagian yang lebih jauh pada tubuh termasuklah paru-paru dan hati, tetapi perkara ini sangat jarang berlaku.

Walaupun tisu endometrium berada di luar kawasan yang tidak sepatutnya, ia masih responsif terhadap perubahan hormon yang berlaku semasa kitaran haid wanita. Seperti mana haid, tisu endometriosis akan gugur dan berdarah, dengan cara yang sama dengan dinding rahim gugur dan berdarah semasa kitaran haid. Pendarahan ini boleh menyebabkan rasa sakit, terutama sebelum dan semasa haid.Tisu yang gugur dan berdarah di sekitar organ pelvis akan menyebabkan parut dan organ-organ lain yang berhampiran akan melekat di antara satu sama lain.

Seandainya tiada rawatan dan tidak dikesan lebih awal, ianya akan akan menyebabkan struktur organ-organ pelvis beralih dari kedudukan normal. Sebagai contoh yang paling kerap berlaku, kedudukan ovari yang melekat pada uterus akan menyebabkan saluran fallopian akan berjauhan dari ovari dan ketika berlaku ovulasi, telur tidak akan dapat dicapai oleh saluran fallopian dan persenyawaan tidak akan berlaku. 

Dalam kes yang lebih serius, kerosakan mendalam pada saluran fallopian menyebabkan ia tersumbat, rosak dan infertiliti akan berlaku. Ovari yang ditumbuhi endometriosis pula akan mengumpul darah semasa kitaran haid dan berlakulah ovarian cyst yang mengandungi darah iaitu seakan-akan seperti coklat cair di dalamnya.Sekiranya keseluruhan ovari telah diselaputi oleh endometriosis, ovari tidak dapat lagi berfungsi dengan normal dan gagal melepaskan telur disebabkan follikel terperangkap oleh parut pada bahagian permukaan ovari.

Endometriosis juga boleh mengurangkan kesuburan dengan melepaskan bahan kimia beracun pada pelvis. Sekiranya telur berjaya dilepaskan juga dari ovari, bahan kimia ini boleh mengurangkan kemampuan telur untuk disenyawakan. Bahkan ia juga boleh memberikan signal kepada sel pemusnah badan untuk melemahkan telur, sperma dan juga embrio menyebabkan janin kurang sihat dan keguguran mudah berlaku.

Antara Wanita Yang Berisiko
Endometriosis kerap berlaku pada wanita yang berada dalam lingkungan umur lewat 20-an dan 30-an dan juga pada wanita yang tidak pernah mempunyai anak. Endometriosis juga memiliki komponen genetik iaitu sekiranya seseorang wanita yang mengalami endometriosis mempunyai saudara terdekat, ada kemungkinan saudaranya itu mungkin mengalami endometriosis juga.

Kaedah Pengesanan dan Rawatan
Doktor selalunya akan mengambil sejarah perubatan terperinci dan melakukan pemeriksaan fizikal dan jika doktor mengesyaki kemungkinan wanita itu mengalami endometriosis, beliau mungkin menyarankan pembedahan laparoskopi dijalankan untuk melihat keadaan bahagian dalam ruang pelvis. Jika endometriosis dikesan, doktor akan menentukan sejauh mana endometriosis sudah dan berapa banyak kerosakan yang telah berlaku.

Rawatan untuk endometriosis bergantung pada sejauh mana penyakit, gejala dan keinginan pesakit untuk memiliki anak. Endometriosis boleh dirawat dengan ubatan, pembedahan atau kombinasi kedua-duanya.Walau bagaimanapun pesakit harus sedar bahawa proses yang menyebabkan endometrisis masih lagi berlaku dan akan berterusan berlaku sepanjang hidup. Risiko penyakit ini berulang semula adalah amat tinggi.

Rawatan ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis mungkin boleh menghilangkan rasa sakit tetapi tidak akan  menghalang endometriosis dari merebak. Rawatan hormon-hormon Progesterone seperti Primulut, Norculut pula boleh mempengaruhi kesuburan dan tidak sesuai untuk diberikan kepada mereka yang merancang untuk hamil.

Dalam banyak kes endometriosis, pembedahan menjadi pilihan utama dan pembedahan biasanya dilakukan melalui laparoskopi. Semasa laparoskopi, tisu endometriosis dimusnahkan atau dibuang dan tisu-tisu yang baru terjadi akan dibakar dengan mengunakan alat khas.

Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa kadar kehamilan selepas pembedahan untuk wanita yang mengalami endometriosis adalah setinggi 47 peratus. Kepada mereka yang mengidap endometriosis yang serius mungkin sekitar 38 peratus. Walaupun kadar kehamilan tidaklah begitu tinggi, tetapi ianya jauh lebih baik daripada kadar kehamilan tanpa sebarang rawatan pembedahan.

Masalah Keputihan Wanita Dan Jangkitan Kuman

Bismillah,

Keputihan yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj seringkali boleh menimbulkan suasana ketidakselesaan dan kebimbangan di kalangan wanita.Perkara yang amat ditakuti sekali ialah jangkitan kuman (STD) seperti siplis dan gonorrhea iaitu penyakit –penyakit yang ditular menerusi hubungan seksual. Antara lain perkara yang merunsingkan wanita ialah kemungkinan mengidap penyakit kanser serviks..

Bagi gadis remaja yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan akan menimbulkan tanda tanya samada mereka mengidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka dan potensi mandul apabila berkahwin kelak.

Tentang peranan lendir di dalam faraj 

Seperkara yang perlu difahami,pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan adanya penyakit. Di sebaliknya ia mungkin hanya aturan yang biasa sahaja. Lendir yang dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim adalah untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar lendir. Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan faraj sering dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid (menopause) dan iini boleh menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan pendarahan dari dinding faraj.

Lendir faraj juga mempunyai peranan penting dalam peranan persetubuhan dan pengeluaran lendir bertambah banyak ketika naik syahwat dan ketika bersetubuh. Dalam keadaan demikian lendir adalah dikeluarkan oleh kelenjar bartholin yang khusus dan terletak di bibir faraj. Keluaran lendir dari faraj yang berlebihan boleh berlaku di kalangan gadis-gadis yang sedang di alam percintaan dan gadis-gadis yang tinggi syahwatnya.

Pangkal rahim (cervix) juga mengeluarkan lendir denga tujuan-tujuan tertentu. Lendir pangkal rahim memainkan peranan dalam percantuman di antara benih lelaki (sperm) dan benih perempuan (ovum) di dalam proses persenyawaan.

Lendir ini mempunyai daya untuk membekal makanan dan tenaga kepada benih-benih lelaki untuk beberapa hari dalam keadaan hidup jika sperma terletak di dalam lendir di pangkal rahim (pada kebiasaannya benih lelaki hanya hidup di antara 24-28 jam sahaja). Sifat dan keadaan lendir di pangkal rahim berubah dengan pusingan haid oleh sebab terpengaruh dengan perubahan paras hormon.

Apakah yang mengawal pengeluaran lendir? 


Pengeluaran lendir dari faraj dipengaruhi oleh paras-paras hormon-hormon iaitu estrogen dan progesteron di dalam darah wanita. Hormon-hormon tersebut menambah bilangan kilang-kilang lendir dan membesarkan saluran-salutran kilang tersebut. Kenaikan dalam paras hormon tersebut , menambahkan lagi pengeluaran lendir dari dinding faraj dan pangkal rahim.

Keadaan ini sering kita temui apabila seorang wanita hamil. Ketika kehamilan kandungan hormon-hormon estrogen dan progesteron meningkat naik dan ini seringkali menyebabkan pengeluaran lendir yang berlebihan dari biasa.

Keadaan yang sama seringkali dialami oleh wanita-wanita yang memakan pil perancang keluarga kerana pil tersebut mengandungi kedua jenis hormon etsrogen dan progesteron. Wanita-wanita yang sedang dalam rawatan dengan ubat-ubat hormon oleh sebab penyakit-penyakit yang tertentu seperti endometriosis kadang-kala juga mengalami pengeluaran lendir yang berlebihan. Keadaan-keadaan tersebut di atas adalah dianggap sebagai fisiologi atau biasa dan tiada sebab untuk dibimbangkan.

Pengeluaran lendir yang berlebihan juga boleh berlaku disebabkan oleh gangguan jiwa seperti keadaan yang menimbulkan kesedihan atau kegembiraan yang teramat sangat. Begitu juga wanita-wanita yang bekerja kuat dan memerlukan tenaga fizikal yang banyak, pengeluaran lendir yang berlebihan juga boleh berlaku.

Sifat lendir yang normal 

Pada kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal.

Keputihan sebagai tanda penyakit 

Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Di dalam keadaan sedemikian, pada kebiasaannya lendirnya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.

Jenis-jenis jangkitan kuman,gejala & komplikasinya 


Beberapa jenis kuman boleh menjangkiti faraj, rahim dan saluran fallopian. Sesetengah daripada jangkitan kuman hanya terhad kepada faraj tanpa melibatkan rahim dan saluran fallopian. Keadaan ini tidak begitu membahayakan. Tetapi apabila jangkitan kuman merebak kepada saluran fallopian di antara perkara-perkara yang akan timbul dalam jangka-masa panjang ialah kemandulan, masalah haid, kesakitan dan lain-lain.

Bacterial vaginosis (BV) 


Selalunya berlaku kepada 10-30% wanita dalam usia reproduktif mereka. Di dalam faraj seseorang wanita terdapat bakteria baik (lactobacillus) yang bertugas mengimbangi keadaan asidik sejurus memberi pelindungan dalam faraj dari bakteria yang berbahaya. BV terhasil apabila bakteria jahat seperti Gardnerella vaginalis dan genital mycoplasma tumbuh lebih banyak dari bakteria baik lactobacillus. Wanita berisiko tinggi untuk mendapat BV termasuk wanita yang muda (remaja), pengamal vaginal douching (kerap membasuh faraj dengan air atau sabun), IUCD (alat mencegah mengandung dalam rahim) dan mereka yang mempunyai ramai pasangan seks.

50% daripada BV tiada gejala. Bagi mereka yang mengalami gejala, selalunya akan mempunyai lendiran putih-keputihan yang banyak dan berbau busuk. Gejala ini lebih teruk selepas hubungan seksual atau selepas haid. Faraj dan kawasan kemaluan selalunya tidak bengkak.Selain pengambilan antibiotik terdapat rawatan alternatif yang didapati berkesan dan juga seimbang untuk merawat keputihan bacterial vaginosis

Candida Albican (Kulat) 

Dua pertiga dari wanita akan mengalami masalah ini. Majoriti organisma yang bertanggung jawab adalah sejenis kulat (Candida albican). 50% dari mereka yang berjangkit mengadu gatal di bahagian faraj (Pruritis). Lendiran putih pekat (seperti dadih), tidak berbau dan menyebabkan faraj melecet dan sakit semasa hubungan kelamin. Wanita yang berisiko adalah yang mengandung, mempunyai kencing manis ataupun mengambil antibiotik bagi jangkamasa yang panjang.Sama seperti BV,selain pengambilan antifungal terdapat beberaparawatan alternatif yang juga didapati berkesan. 

Chlamydia trachomatis 

Penyakit ini kerap menjangkiti pesakit yang berumur 25 tahun ke atas. Organismanya bukan bakteria atau virus tetapi parasit yang suka tinggal di dalam sel-sel faraj pesakit. Penyakit ini boleh menjangkiti salur kencing dan pangkal rahim termasuk konjuktiva, mulut dan tekak. Ia merupakan pesakit kelamin yang boleh membawa kepada kesukaran mengandung.

Simptom dan tanda-tanda. 

Lendiran bernanah, sakit bahagian ari-ari, pendarahan selepas hubungan seks, pendarahan di antara dua haid dan radang serviks adalah antara simptom-simptom penyakit ini. Walau bagaimanapun, kebanyakkan wanita tidak mengalami apa-apa tanda.

Komplikasi 

Chlamydia Infeksi boleh 'naik' ke dalam rahim menyebabkan radang pangkal rahim,rahim, tiub dan alat kelamin wanita. Pesakit juga akan mengalami sakit di bahagian ari-ari dan perut yang kronik. Tiub saluran Fallopian boleh tersumbat menyebabkan mengandung luar rahim atau ketidaksuburan.

Nesseria gonorrhoea 

Gonorrhoea adalah penyakit kelamin yang disebabkan oleh organisma N. Gonorrhoea. Pesakit selalunya tidak mempunyai simptom tetapi bagi mereka yang bersimptom, akan mengalami lendiran faraj yang selalunya banyak, bernanah dan sakit di bahagian ari-ari. Kadangkala mereka mengalami pendarahan faraj selepas haid atau selepas hubungan seks. Komplikasi jangkitan semasa mengandung boleh membawa kepada kelahiran pra-matang.

Komplikasi 

Komplikasi sama seperti Chlamydia. Jangkitan dari faraj boleh merebak ke dalam rahim menyebabkan radang pangkal rahim, rahim dan tiub. Ia boleh menyebabkan tiub rosak dan tersumbat. Ini boleh membawa kepada komplikasi mengandung luar rahim dan ketidaksuburan.

Trichomonas vaginalis (T.V.) 

T. vaginalis adalah penyakit kelamin yang melibatkan hingga 30% wanita yang aktif seks di negara-negara membangun. Organisma yang bertanggung jawab adalah protozoa yang hanya terdapat di dalam faraj wanita. Seseorang yang mendapat infeksi T.V. akan mengalami bengkak faraj, lendiran yang berwarna hijau (atau apa-apa warna) yang berbuih. Infeksi tersebut boleh merebak ke dalam rahim menyebabkan bengkak pangkal rahim, rahim, tiub dan radang alat kelamin. Pesakit juga boleh mengalami gatal faraj dan di bahagian kemaluan. Simptom selalunya lebih teruk semasa haid atau sejurus selepas haid.

Pasangan lelaki atau suami boleh mengidap penyakit yang sama khususnya ‘gonorrhea walaupun tidak mengalami apa-apa tanda penyakit tetapi ia hanya menyimpan kuman tersebut di dalam kemaluannya dan boleh menjadi sumber penularan dari satu mangsa ke mangsa lain.

Antara Beberapa Tips Pilihan Yang Boleh Di Amalkan

  1. Hindari pengunaan sabun, gel dan sebagainya. Hanya gunakan air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj, atau gunakan pencuci khas yang mempunyai pH3.8-4.2
  2. Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan
  3. Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama
  4. Hindari dari memakai bedak di kawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang
  5. Pastikan kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan pengunaan yang terlalu lama
  6. Gunakan alas seluar dalam (panty liner) jenis "unscented" dan ada pengaliran udara untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana perbuatan ini hanya akan memburukkan keadaan.
  7. Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt, yakult, sayuran hijau, bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma lain.
Semoga Bermanfaat

Memahami Masalah Pendarahan Selepas Tempuh Haid

Suatu perkara yang agak merungsingkan bagi wanita apabila tempuh haid telah berakhir namun masih lagi terdapat cecair yang keluar dari faraj untuk beberapa hari. Adakalanya berwarna merah kecoklatan dan keluar bersama  cecair seperti air kencing, kadang kala pula ianya keluar bersama-sama dengan lendir serta beberapa titis darah dan selalunya dalam kuantiti yang sedikit namun sudah cukup merisaukan.Biasanya perkara ini hanya akan disedari semasa wanita membersihkan bahagian sulit mereka.

Saya juga menerima banyak soalan “carbon copy” yang sama dan untuk itu,dalam kesempatan ini biarlah kita “refresh” kembali tentang masalah ini dan membawa wanita memahami semula seawal proses kitaran haid,masalah-masalah yang bakal timbul dan komplikasi yang juga bakal dihadapi seandainya tidak mendapatkan rujukan yang betul.

Proses Kitaran haid
Kedua-dua ovari yang berkedudukan di kiri dan kanan rahim secara alami berfungsi untuk mengeluarkan dua jenis hormon yang penting untuk wanita iaitu estrogen dan progesteron.Hormon-hormon ini pula apabila digandingkan berfungsi menyediakan benih serta penebalan dinding dalaman rahim untuk menghadapi kemungkinan penanaman selepas persenyawaan sperma dan telur. Lazimnya,ovulasi akan berlaku antara 12 sehingga 14 hari sebelum datang kitaran haid yang berikutnya.

Hasil dari benih yang telah berjaya dikeluarkan akan melalui tiub fallopian di mana persenyawaan mungkin (atau gagal) berlaku bersama sperma. Sekiranya persenyawaan gagal berlaku, paras hormon akan jatuh dan ini akan memberikan isyarat kepada dinding dalaman rahim supaya digugurkan sebagai darah haid. Kebanyakan kitaran haid berlangsung selama 28 sehingga 35 hari adalah dikira normal.

Antara Sebab-sebab pendarahan selepas haid
Pendarahan selepas haid bermakna berlaku pendarahan yang keluar dari faraj selepas kitaran haid seorang wanita itu berakhir. Pendarahan haid dalam kitaran haid yang normal perlu berakhir untuk memulakan proses reproduktif yang baru.Walau bagaimanapun pendarahan selepas haid membuatkan wanita merasa bimbang, dan selalunya berfikir kemungkinan terdapat sesuatu yang tidak kena pada sistem tubuh badan mereka.

Dalam banyak kes,pendarahan berlaku selepas tempuh haid adalah disebabkan oleh lebihan tisu atau darah haid yang tidak dikeluarkan secara sempurna, maka saki bakinya akan  dikeluarkan dalam masa tempuh seminggu atau dua minggu selepas haid berakhir.Tisu menstrual adalah tisu endometrium pada dinding rahim  yang secara normal akan keluar sebagai darah haid apabila sampai waktu haid.

Pendarahan selepas haid mungkin juga berlaku atas faktor-faktor lain, seperti perubahan hormon secara tiba-tiba,pertambahan berat badan, bebanan tekanan emosi dan fizikal atau telah mula mengalami masalah yang lebih berat melibatkan kelenjar ovari.

Selain itu pengambilan ubat-ubatan juga boleh memberi kesan pendarahan selepas haid. Masalah kesihatan seperti diabetes, kanser dan tiroid juga boleh menjadi punca untuk perkara ini berlaku.Pengambilan ubat atau suntikan pencegahan kehamilan dan juga wanita yang berhenti mengambil ubat tersebut secara tiba-tiba juga boleh menyebabkan perkara yang sama.Bagi remaja pula,situasi ini biasanya disebabkan oleh kitaran haid mereka yang belum stabil akibat dari kelenjar ovari yang masih belum matang.

Antara lain, pendarahan selepas haid ini juga berkemungkinan disebabkan oleh kehadiran ketumbuhan fibroid didalam rahim. Walaupun ketumbuhan fibroid ini tidak terlalu merbahaya, ianya patut dibuang segera sebelum membesar dan mengganggu rutin seharian seorang wanita.

Akhir sekali,nasihat saya kepada wanita,jika situasi ini tidak berlaku pada setiap bulan dan darah yang keluar hanya dalam kuantiti yang sedikit,maka tiada apa yang perlu dirisaukan namun tetapi jika situasi ini kerap berlaku dan pendarahan yang dialami pula banyak, maka pemeriksaan dan siasatan yang lebih teliti harus dijalankan oleh pakar.

Khasiat herba tradisional

Lengkuas untuk jantung yang sihat
Lengkuas atau dikenali dengan nama Alpinia Galanga sekeluarga dengan halia. Rupa bentuk dan rasanya hampir sama dengan halia. Ia biasanya ditumbuk, dihancurkan atau diracik halus ke dalam makanan sebagai penambah rasa. 
Jika dibandingkan dengan halia, lengkuas mempunyai tekstur lebih kental atau keras berbanding halia segar dan kulit kurang berserat. Walaupun kegunaannya begitu ringkas, tetapi lengkuas bukanlah calang-calang herba. 

Lengkuas adalah antioksida semula jadi yang membantu meminimumkan kerosakan disebabkan radikal bebas dan racun lain di dalam tubuh.
Foto
KHASIAT herba tradisional untuk dimanfaatkan.

Selain itu ia mampu merawat penyakit limpa bengkak dengan cara merebus dua lengkuas sebesar ibu jari, tiga temu lawak sebesar ibu jari, segenggam daun dukung anak (segar atau kering) dan tiga cawan air hingga mendidih.

Air ini kemudian diminum dua kali sehari, pagi dan malam. Malah lengkuas juga meningkatkan peredaran darah dalam tubuh. Peredaran darah yang lancar mengekalkan jantung sihat. 

Mungkin tidak diketahui ramai, lengkuas juga mampu mencegah mabuk laut dan mual. Kunyah beberapa hiris lengkuas segar dan rasa mual pasti hilang dengan cepat. 

Kepentingan lengkuas tidak terhad kepada penjagaan sistem dalaman, malah ia juga amat berguna untuk mereka yang mengalami penyakit kulit. 

Masalah seperti panau dan ekzima mampu di atasi kerana lengkuas mengandungi bahan kimia yang mampu menghapus bakteria di permukaan kulit. 


Limau purut untuk kecantikan kulit 

Limau purut atau nama saintifiknya Citrushystrix tidak kurang hebatnya dan sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita. Ia mengandungi asid sitrik semula jadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit. 

Malah limau purut juga dapat membantu untuk merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah. 

Pada masa sama turut mempunyai beberapa khasiat lain yang boleh diamalkan untuk penjagaan kesihatan dan rawatan sakit kulit. 

Sebiji buah limau purut diperlukan bagi membersihkan rambut, sekali gus mencuci kulit kepala yang berkerak atau berkelemumur. 

Buah limau itu dipotong atau dibelah dua sebelum disental pada kulit kepala yang mungkin menyebabkan rasa pedih. Selepas disental, biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih. 

Kaedah yang sama dilakukan untuk mengatasi masalah kulit kering bersisik yang selalunya diamalkan ketika mandi. 

Sentalkan buah limau purut yang sudah dibelah dua pada bahagian kulit yang bersisik itu dan biarkan beberapa ketika sebelum dibilas. 


Serai sesuai untuk turunkan berat badan 

Serai atau nama saintifiknya Cymbopogon citratus sering digunakan dalam masakan seharian dan dalam pembuatan minyak wangi. Tetapi tahukah anda bahawa serai juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita? Batang dan daun serai mempunyai bau seperti lemon kerana bahagian itu mengandungi minyak pati. 

Bahan antibakteria terkandung dalam serai boleh digunakan untuk tujuan farmaseutikal sementara minyak serai pula mempunyai ada ciri-ciri anti kulat. Serai juga diketahui mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi dan memiliki sejumlah manfaat yang dapat membantu upaya penurunan berat badan. 

Serai dapat membantu anda melancarkan pembuangan air kecil sekali gus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang. 

Selain itu, ekstrak serai dapat memperbaiki aliran darah serta menyegarkan tubuh badan. Ia berkesan untuk menurunkan berat badan, membuang lemak, dan memperbaiki salur darah rosak serta kembang ketika proses bersalin bagi wanita yang baru melahirkan anak. 

Ia juga baik untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut. Secara keseluruhannya, semua bahagian serai amat berguna untuk kehidupan seharian. 


Minyak kayu putih penyembuh kulit 


Selain minyak buah pala, adakah anda tahu bahawa minyak kayu putih banyak digunakan sebagai bahan asas untuk minyak urut tradisional? Minyak kayu putih atau nama saintifiknya melaleuca cajuputi powell mempunyai pelbagai kegunaan untuk kesihatan harian. 

Minyak kayu putih selain mengeluarkan bau yang wangi, ia juga membantu penyembuhan penyakit kulit seperti luka pada vagina atau infeksi kulit. 

Aroma khasnya dapat mengurangkan sakit sendi, menenangkan fikiran dan tubuh serta menjadikan tubuh berasa lebih ringan. Ia juga kaya dengan sumber vitamin E untuk membuatkan kulit lebih halus dan mulus serta berkesan dalam menghilangkan parut-parut atau ‘stretch mark’ pada badan. 


Halia, agen mengurangkan angin dalam badan 

Apabila kita bercakap berkenaan halia dan halia bara, pasti ramai mengetahui khasiatnya yang dapat membantu membuang lebihan angin dalam badan. Halia atau zanjabil dalam bahasa arab ada disebut di dalam al-Quran. Sebagai contoh di dalam Surah Al-Insan ayat 17, firman Allah Taala yang bermaksud “Dan mereka dalam syurga itu, diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil.” 

Ianya bagus untuk mengeluarkan angin dalam badan, muntah-muntah, cirit-birit,sakit perut, menghangatkan badan dan membantu penghadaman makanan. 


Manfaat daun bidara untuk kesihatan harian 

Bidara adalah salah satu herba tradisional yang sudah digunakan sejak zaman berzaman. Ramai yang menggunakannya untuk mendapatkan khasiat daun bidara yang baik untuk kebersihan diri dan perubatan. Ia bertindak sebagai agen pembersih semula jadi seperti sabun yang boleh digunakan untuk membersihkan rambut dan kulit. Malah ia juga boleh merawat masalah jerawat. 

Selain itu daun bidara juga baik untuk membantu merawat sihir. Walaupun amalan merawat sihir menggunakan daun bidara bukan amalan Rasulullah tetapi ulama’ Salaf sepakat untuk membenarkan amalan ini sebagai kaedah penyembuhan yang tidak melanggar hukum syarak. Kaedah yang diambil dari kitab Imam ibn Qayyim al Jauziyyah adalah seperti berikut: 

Ambil tujuh helai daun bidara, tambahkan ke dalam air minuman. Kemudian, baca ayat Kursi, Surah 3 Qul, beberapa potong ayat yang berkenaan dengan menghindari sihir seperti Surah al-A’raf, Surah Yunus dan Surah Taaha dan selawat ke atas Nabi. Kemudian, hembuskan ke dalam air yang diadun dengan daun bidara tadi. Gunakan air itu sebagai minuman dan mandian. Insya-Allah. 


Pelbagai khasiat ekstrak avokado untuk kulit wajah dan agen pencegah penyakit dalaman 

Di kalangan wanita di negara ini mungkin ramai yang sudah tahu berkenaan khasiat buah avokado ini tetapi tahap pemahaman mereka hanya setakat digunakan dalam produk kecantikan. 

Menurut kajian yang dilakukan di Wesley Medical Centre, Brisbane, avokado bukan saja mengandungi kandungan gula yang rendah dan tiada garam tetapi kaya dengan vitamin iaitu C, E dan K. 

Selain itu ia juga mengandungi antioksida dan potasium untuk mengelak daripada penyakit radang sendi. Kandungan asid foliknya pula dapat mengelak serangan jantung dan kanser. 

Avokado juga bertindak sebagai pelincir semula jadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyakit lenguh-lenguh tulang. 

Memanfaatkan khasiat dari herba-herba tradisional ini, kini anda tidak lagi perlu bersusah payah untuk memperolehi kulit yang cantik dan juga penawar kepada masalah kesihatan. 

Menurut En Hj Hashim, 71 tahun dari Temerloh, Pahang, pengguna losyen tempatan yang berasaskan herba dan doa-doa dari al-Quran, pada dulunya mengalami masalah sakit urat dan angin dalam badan. Apabila malam badan mula berasa sakit dan sengal-sengal pada bahagian yang bermasalah. 

Tetapi selepas beliau mengamalkan losyen berasaskan herba dan doa-doa dari al-Quran, beliau berasa lega dan kesakitan yang dialami tidak seteruk dulu lagi. Beliau dapati, angin dalam badan juga semakin berkurangan serta sakit sendi semakin kurang. Kini beliau tidak perlu risau lagi tentang kesihatan saya dengan usia yang semakin meningkat.
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Khasiatherbatradisional/Article/index_html#sthash.04VIsMU7.dpuf

Tuesday, October 21, 2014

Mewangi

Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu adalah dahagaku
Waktu dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya
Hingga ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya
Selamanya
Adalah cintaku kepada dirimu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu
Waktu dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya
Hingga ku menutup mata satukanlah hati
Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi selamanya
Wooohoooo
Jadikan malamku…. lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi selamanya
Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi selamanya

TANDA - TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH

* Gangguan Haid
* Keputihan
* Masalah ketidaksuburan
* Kemandulan di kalangan wanita
* Hubungan suami isteri yang dinging atau sakit ketika bersama
* Perut kembang
* Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
* Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
* Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
* Kerap letih dan lesu
* Sakit lutut dan tumit
* Kesekukan kaki dan tanggan
* Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
* Kerap keguguran
* Ketumbuhan fibro dan cyst
BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?
1. Punca penyakit ini bermula pada ganguan haid dan sengugut
2. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita
3. Ia sering berlaku dikalangan wanit yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak
ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?
Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshar dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.
Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahn fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuah itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka.

kebaikan ubi bit merah


Beet Merah yang tumbuh secara semulajadi mempunyai khasiat yang amat bernilai tinggi dari segi kesihatan.Sejak berkurun yang lalu ubi bit/beet merah cukup terkenal sebagai ubat bagi penyakit demam kuning serta beberapa penyakit lain. Manisnya yang semulajadi dan kandungan galian yang terdapat dalam beet Merah dapat dijadikan penawar kesihatan yang berkesan kepada manusia.

Hasil kajian beberapa orang saintis, beet Merah amat sesuai dijadikan makanan tambahan bagi orang yang perihatin terhadap dan berhasrat menjaga kesihatan diri.

Dalam "Encyclopedia of Healting Juice", Dr John Heinerman menyebut, Beet Merah boleh membantu menambahkan darah dan membersihkannya secara semulajadi melalui kandungan galian dan gula natural yang terdapat didalam ubi beet tersebut.

Sebuah artikel bertarikh 27hb. Februari 1996 bertajuk "Issue of cancer" mengatakan Beet Merah baik untuk mencegah berlakunya Kanser (Barah). Pendapat dan pandangan yang sama turut dikemukakan ole Hugo Schulz, seorang ahli Farmasi dari Jerman, melalui hasil kajian akademiknya pada tahun 1964 dan H O Kleine, pakar Kanser dari Jerman, yang membuat kajian pada tahun 1983.

- Mengandungi karbohidrat, protein dan lemak untuk tenaga
- Mengandungi vitamin seperti: A, B1, B2, B6, B12 dan C untuk membina kesihatan tubuh dan kecantikan kulit
- Mengandungi Beta-Carotena dan Karotenoid yang merupakan anti-oksida
- Kaya dengan Kalium, Niasin, Asid Folik, Zink, Magnesium, Fosforus, Kalsium, Sulfur, Fodine, Ferum, Kuprum dan termasuk juga galian yang sukar didapati seperti Rabidum dan Cesium
- Membantu menyerap nutrien-nutrien yang diperlukan
- Membantu buang toksik dalam badan